Buku Makna Harof & Kepelbagaian Fungsinya di dalam Al-Quran

$75.00

3 in stock

Category:

Description

Al Quran penuh dengan harof. Setiap harof itu terdapat makna dan fungsinya yang tersendiri. Makna dan fungsi ini sering berubah mengikut keadaan ayat yang tertentu dan timbul pelbagai persoalan daripada penuntut ilmu Bahasa Arab. Dari sinilah terdorong untuk melahirkan buku makna-makna harof dan fungsinya khusus didalam Al Quran. Sememangnya para ulamak Bahasa Arab telah lama membahaskan kepelbagaian fungsi Harof di dalam penggunaan Bahasa Arab. Kebanyakan ulamak bahasa akhirnya akur tentang fungsi-fungsi ini sehingga mereka mengatakan bahawa harof adalah salah satu dari mukjizat Al Quran. Makin dikaji, makin ditemui kehebatan dan kepelbagaiannya. Demi untuk mempermudahkan sedikit jalan untuk memahami perkara ini, penulis dengan rasa yang teramat kerdil mencuba untuk menyusun sekadar yang termampu untuk mengetahui kepelbagaian fungsi dan makna harof-harof yang digunakan di dalam Al Quran khasnya dan di dalam Bahasa Arab amnya. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada penuntut bahasa arab khususnya penuntut bahasa arab Al Quran.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.